• RTP Berkesan Bangunkan Luar Bandar - ADUN

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+
    MERADONG : Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan inisiatif kerajaan negeri yang mempercepatkan pembangunan infrastruktur asas berkepentingan rakyat terutama untuk masyarakat luar bandar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, RTP memang berperanan besar terhadap pembangunan luar bandar khasnya Meradong.

    "Saya merasa cukup berterima kasih kepada Allahyarham Tok Nan yang menyediakan inisiatif ini serta bersyukur kerana Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari meneruskan program ini.

    "Jelas keberkesanan programe tersebut mampu menyediakan infrastruktur seperti sekolah, dewan, rumah ibadat dan sebagainya bagi kemudahan masyarakat luar bandar," katanya.

    Jelasnya, RTP memperuntukkan RM5 juta setahun kepada wakil rakyat untuk membangunkan kawasan agar masyarakat mendapat faedah.

    "Kawasan Meradong kini mempunyai 16 projek RTP yang sedang dilaksanakan.

    "Oleh itu rakyat harus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan program tersebut," tambahnya.

    Katanya lagi, beliau berharap RTP akan diteruskan selama-lamanya memandangkan ia begitu bermanfaat untuk pembangunan luar bandar justeru merapatkan lagi jurang pembangunan antara luar bandar dan bandar pada masa hadapan. - Sarawakiana
  • No Comment to " RTP Berkesan Bangunkan Luar Bandar - ADUN "