• Rossi Buat Keputusan Tahun Depan

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    MILAN: Legenda permotoran Itali, Valentino Rossi berkata hari ini dia akan membuat keputusan mengenai masa depannya tahun depan namun masih berminat untuk terus berlumba melebihi usia 40 tahun.

    "Saya akan membuat keputusan mengenai masa depan saya musim depan," kata penunggang Yamaha itu yang akan berusia 39 tahun pada Februari kepada Sky Sport Italia.

    "Jika saya dapati selepas beberapa perlumbaan saya masih kompetitif, saya mahu terus berlumba."

    Juara dunia sembilan kali itu mengalami patah dua tulang kaki pada awal September tetapi kembali ke kejuaraan selepas hanya tiga minggu dengan penuh bertenaga dan motivasi.

    "Saya bersedia dengan fokus pengurusan yang bagus untuk perlumbaan terakhir hujung minggu di Valencia," katanya menjelang perlumbaan di Sepanyol yang dimenanginya pada 2003 dan 2004.

    Rossi sudah terkeluar daripada pemburuan gelaran musim ini apabila dia berkedudukan keempat menjelang saingan MotoGP di Valencia Ahad ini ketika penunggang Sepanyol Marc Marquez boleh meraih gelaran keempat dalam lima musim.

    "Ia adalah saat yang penting buat saya, saya akan tiba dengan prestasi yang agak bagus daripada perlumbaan sebelum ini di Valencia. Kaki saya sudah semakin sembuh dan saya boleh merasainya." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rossi Buat Keputusan Tahun Depan "