• RM5 Juta Untuk Tubuhkan Pasukan Penyelidikan Bahan Api Hidrogen

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) memperuntukkan RM5 juta untuk menubuhkan pasukan bagi melakukan kajian kemungkinan pengaplikasian hidrogen dan sel bahan api di Sarawak.

    "Kerajaan negeri telah memberi kepercayaan kepada SEB untuk mengetuai permulaan penyelidikan tersebut," kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri menjelaskan bahawa fokus utama kajian tersebut adalah kepada bidang-bidang tenaga berkaitan seperti potensi tenaga alternatif, kenderaan elektrik dan sel bahan api hidrogen.

    Menurutnya, penyelidikan itu merupakan sebahagian daripada penekanan baharu kerajaan negeri untuk membangunkan Sarawak, memanfaatkan penyelidikan dan pembangunan dalam usaha mencapai matlamat Wawasan 2030 iaitu negeri berpendapatan tinggi.

    "Penemuan dan pengesoran daripada penyelidikan itu akan dikongsi dengan Majlis Penyelidikan.

    "Ia sebagai garis panduan kepada kita (kerajaan negeri) daam perbincangan lanjut tentang penggunaan teknologi hidrogen dan sel bahan api," katanya.

    Ketua menteri percaya, pasukan penyelidikan SEB itu akan memperoleh keputusan awal kajian dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang kerana teknologi pengasingan molekul hidrogen dan oksigen menerusi proses elektrolosis sudah ada di pasaran. - Sarawakiana
  • No Comment to " RM5 Juta Untuk Tubuhkan Pasukan Penyelidikan Bahan Api Hidrogen "