• RM20,000 Untuk Penganjuran Karnival Agensi Islam 2018

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Utiliti Dr Abdul Rahman Junaidi mengumumkan dana berjumlah RM20,000 untuk penganjuran Karnival Agensi-agensi Islam Sarawak tahun depan.

    Beliau percaya karnival tersebut dapat merapatkan tali silaturahim antara kakitangan agensi Islam di Sarawak.

    Menurutnya, ia secara tidak langsung akan mencungkil bakat-bakat kakitangan dalam bidang sukan.

    "Walaupun penganjuran ini adalah julung kali namun ia memberi impak yang baik kepada peserta," katanya berucap pada Majlis Makan Malam Karnival Agensi-agensi Islam Negeri Sarawak 2017 di sini, malam tadi.

    Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Ismail Mohd Hanis dan Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Datu Abang Mohd Shibli Abang Nailie.


    Karnival tersebut berlangsung dari Ogos hingga November tahun ini melibatkan acara sukan seperti boling, petanque, ping pong, futsal, karom dan badminton.

    Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) muncul juara keseluruhan karnival yang turut disertai Majlis Islam Sarawak (MIS), Tabung Baitulmal Sarawak (TBS), Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak, Pusat Penerangan Islam, Jabatan Kehakiman Sarawak, YADIM dan Hikmah.

    Karnival kali ini dianjurkan JAIS manakala tahun depan Lembaga Amanah Majis Negeri Sarawak akan menjadi penganjur.-Sarawakiana

  • No Comment to " RM20,000 Untuk Penganjuran Karnival Agensi Islam 2018 "