• Riot Serah Karier Politiknya Kepada Pemimpin Dan Rakyat

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Penyandang kerusi Parlimen Serian sejak enam penggal lalu Dato Sri Richard Riot Jaem menyerahkan kedudukan karier politiknya kepada para pemimpin tertinggi Barisan Nasional(BN) dan rakyat di kawasan tersebut.

    Memetik dalam akhbar Utusan Borneo, beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata kini beliau tidak ada hak memutuskan sama ada dirinya layak ataupun tidak dicalonkan semula pada Pilihanraya Umum ke 14 akan datang.

    "Biarlah pemimpin tertinggi memutuskannya, dan seandainya menjadi pilihan mereka (BN), saya menyerahkan kepada rakyat terutamanya di kawasan Serian sama ada memilih saya atau tidak." katanya lapor akhbar tersebut.

    Pada PRU13 lepas, Parlimen Serian yang terdiri dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu, Bukit Semuja dan Kedup mempunyai 33,764 pengundi berdaftar,Riot mendapat 13,427 majoriti undi menewaskan Edward Endrew Luwak DAP dan Mendiang Johnny Aput ari parti STAR. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Riot Serah Karier Politiknya Kepada Pemimpin Dan Rakyat "