• Riot Dapat Sokongan Pemimpin Akar Umbi Di Serian

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    Walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sebarang nama calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), sokongan tetap diberikan kepada penyandang kerusi Parlimen terutama di Sarawak.

    Terbaru, Ahli Parlimen Serian Dato Sri Richard Riot Jaem mendapat sokongan daripada pemimpin akar umbi di Serian untuk dicalonkan semula.

    Memetik laporan The Borneo Post, mereka percaya Timbalan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu adalah individu terbaik untuk meneruskan agenda pembangunan di Serian.

    "Beliau masih individu terbaik untuk menggalas tugas. Walaupun dari SUPP, beliau mendiskriminasikan kami dari parti komponen BN yang lain," kata Joseph Paru, 65, yang merupakan ahli perniagaan.

    Menurutnya, pada setiap pilihan raya memang tidak dapat dinafikan ada pihak mula bergerak ke kawasan untuk melobi sebagai calon.

    "Ini negara demokrasi. Hak mereka untuk mencuba nasib melobi sebagai calon. Tetapi seperti yang kita ketahui, kita akan berdiri teguh di belakang Dato Sri Richard pada PRU14 nanti," ujarnya.

    Lawa Ganyoi yang merupakan bekas tentera berkata, Riot menunjukkan kematangannya dalam berpolitik terutama melibatkan keseluruhan komuniti Serian.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Riot Dapat Sokongan Pemimpin Akar Umbi Di Serian "