• Ringgit Dijangka Pulih Beransur-Ansur: RHB Research

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: RHB Research Sdn Bhd menjangka ringgit pulih secara beransur-ansur setelah ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar yang berterusan.

    Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata ringgit mengukuh sejak beberapa hari lalu, meningkat 1.2 peratus kepada 4.1785 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, daripada 4.229 pada 8 November sebahagiannya disebabkan oleh dolar yang lemah berikutan ketidaktentuan perkembangan rang undang-undang percukaian negara itu.

    Ringgit yang naik baru-baru ini juga dibantu oleh jangkaan laporan lebihan akaun semasa yang lebih meluas bersama pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada suku ketiga tahun 2017, yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat ini.

    "Kami meningkatkan unjuran kami bagi ringgit kepada 4.10 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun 2018, daripada RM4.15 sebelum ini dan berbanding 4.22 yang dijangka pada akhir tahun ini," katanya.

    Firma itu berkata, walaupun ringgit mengukuh dengan ketara, harga minyak turun sebanyak tiga peratus semasa tempoh 8 hingga 16 November, menunjukkan bahawa mata wang tempatan tidak terbabit dengan pergerakan harga minyak mentah global. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Dijangka Pulih Beransur-Ansur: RHB Research "