• Ringgit Dibuka Kukuh

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan minat belian baharu, kata peniaga.

    Pada 9.17 pagi, ringgit berada pada 4.1895/1935 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1930 penutup Isnin.

    Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

    Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0767/0803 daripada 3.0755/0799 tetapi mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6857/6895 daripada 3.6955/6992.

    Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8896/8955 daripada 4.8767/8819 dan turun berbanding pound British kepada 5.4966/5023 daripada 5.4793/4844 Isnin. - BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Ringgit Dibuka Kukuh "