• 'Renjer Dron' Mampu Kurangkan Masalah Pembalakan Haram

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    SANTUBONG: Penggunaan Renger Dron mampu meningkatkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pembalakan haram di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg.

    "Dron boleh berada di mana sahaja dan meninjau dari kedudukan yang tinggi untuk mengesan pergerakan dan aktiviti haram di hutan," tegas beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo, ketua menteri menegaskan bahawa penggunaan renjer dron akan dapat membantu renjer hutan memastikan sumber asli (hutan) Sarawak terjaga.

    "Sekarang kita telah menggunakan dron untuk melakukan peninjauan tetapi, aset yang digunakan itu berskala kecil dan kini memerlukan dron khas yang lebih besar dan berteknologi canggih," ujarnya.

    Tambahnya, penggunaan dron sebagai aset peninjau akan turut membantu meminimumkan masalah pencerobohan hutan di Sarawak. - Sarawakiana
  • No Comment to " 'Renjer Dron' Mampu Kurangkan Masalah Pembalakan Haram "