• Ratu Elizabeth, Suami Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    LONDON: Ratu Elizabeth dan suami, Putera Philip, menyambut ulang tahun ke-70 perkahwinan dengan berkumpul bersama anggota keluarga hari ini.

    Pasangan itu berkahwin di Westminster Abbey pada 20 November 1947, dua tahun selepas Perang Dunia Kedua berakhir, dalam upacara meriah yang menarik kehadiran ketua negara dan anggota diraja seluruh dunia.

    Tujuh puluh tahun kemudian, tiada acara awam dirancang dan Elizabeth yang kini berusia 91 tahun, dan suaminya, 96, meraikan ulang tahun perkahwinan platinum (ke-70) mereka dengan acara peribadi di Windsor Castle, kediaman pasangan itu di barat London.

    Ia berbeza dengan ulang tahun perak, emas dan berlian apabila mereka menghadiri acara penghargaan di Westminster Abbey, lokasi ratu dimahkotakan dan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton pada 2011.

    Perkahwinan Puteri Elizabeth, ketika itu, dengan pegawai tentera laut yang kacak, Philip Mountbatten, dilihat sebagai membangkitkan semangat negara di sebalik catuan dan pelbagai kekurangan susulan perang.

    Lima tahun kemudian, Elizabeth menggantikan bapanya, George VI dan kini sudah memerintah selama 65 tahun, lebih lama daripada mana-mana monarki dalam sejarah Britain, dengan Philip setia di sisinya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Ratu Elizabeth, Suami Sambut Ulang Tahun Perkahwinan "