• Rasis & Perkauman Bukan Lagi Isu Bagi DAP

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+
    Isu penghinaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir terhadap bangsa Bugis masih hangat diperkatakan disebabkan keengganan Mahathir memohon maaf kepada orang Bugis kerana menggelar mereka sebagai lanun.

    Sultan sudah murka, Azmin Ali masih diam. Syed Saddiq yang utus surat sudah lari ke Paris. Mahathir pula masih diam dan buat buat "tidak tahu".

    Bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, api kemarahan masih belum padam hinggakan wakil presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendesak Mahathir menarik balik kata-katanya itu.

    Namun Mahathir masih berkeras. Tidak mahu minta maaf dan buat alasan berbelit belit.

    Sementara di pihak parti-parti dalam PH pula, masing-masing membisu, mungkin mahu menjaga hati Mahathir. Tiada komen pun daripada mereka mengenai isu tersebut dengan masing-masing mengambil sikap berdiam diri.

    Paling ketara ialah DAP iaitu satu parti yang dikenali kononnya memperjuangkan mengenai isu perkauman di negara ini. Memang ketara dalam isu Bugis ini, DAP tidak pula menjadikan ia sebagai isu tetapi jika ada yang menggelar orang Cina sebagai pendatang, dan meminta balik ke China mungkin pemimpin DAP akan bangun membantah.

    Memang benarlah kata Timbalan Pengarah, Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Dato Eric Soo. Jika orang yang dihina itu adalah pemimpin DAP sendiri dan mereka ini digelar sebagai `lanun' oleh Mahathir serta meminta mereka balik ke China, sudah pasti DAP akan melenting.

    "Mungkin disebabkan beliau (Najib) datang dari lanun Bugis. Saya tidak tahu bagaimana dia sesat dan berakhir di sini di Malaysia, tetapi dia patut balik ke Bugis.”

    "Ayat ini adalah satu penghinaan dan adakah pemimpin Pakatan Harapan akan turut membisu jika kita menukar nama dan kumpulan etnik dalam ucapan Dr Mahathir itu seperti contoh berikut:

    "Mungkin disebabkan beliau (Kit Siang atau Eric) datang dari lanun Cina. Saya tidak tahu bagaimana dia sesat dan berakhir di sini di Malaysia, tetapi dia patut balik ke China,'' demikian soal Eric dalam satu kenyataan.

    Nampak sangat perjuangan DAP adalah perjuangan terpilih untuk golongan tertentu sahaja. Atas sebab itulah DAP dikatakan sebagai bersifat cauvanis. Ayat chauvanis ini digunakan oleh Mahathir kepada DAP suatu masa lalu.

    Tetapi kini Mahathir sudah berubah. Beliau tidak lagi melabel DAP sebagai rasis dan cauvanis. DAP bukan lagi syaitan bagi Mahathir.

    Mahathir kini merestui apa sahaja yang dibuat DAP. Begitu juga Kit Siang, menelan juga apa juga kesalahan Mahathir.

    DAP dan Mahathir saling "mempergunakan" antara satu sama lain. DAP mahu menarik undi Melayu manakala Mahathir pula sedang membantu partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang sedang karam selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendapati sayap pemuda PPBM yang dinamakan Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) tidak ada dalam perlembagaan parti itu.

    Keadaan itu boleh mengakibatkan sesebuah pertubuhan itu dibatalkan dan ini yang dibimbangi oleh Mahathir. Apa yang akan berlaku kepada PPBM jika dibatalkan?

    Tidak mustahil Mahathir akan benarkan anaknya tanding atas tiket roket. DAP pula sanggup korbankan apa sahaja yang dulu mereka perjuangkan demi memujuk hati Mahathir.

    Derma RM1 billion menutup terus mulut DAP dari menjuarai isu isu perkauman. DAP tidak layak lagi bercakap soal sama rata dan kesaksamaan kaum selepas ini.

    Dalam isu Mahathir menghina orang Bugis, terbukti DAP bersifat cukup hipokrit sekali.


    Tulisan :
    Beruang Biru
    BB655, Jumaat
    10 November 2017

    Subjects:

  • No Comment to " Rasis & Perkauman Bukan Lagi Isu Bagi DAP "