• Rampas Wang Kertas Palsu RM138 Juta

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+

    ROME: Polis Itali, semalam berjaya merampas lebih 900,000 keping wang kertas palsu berkualiti tinggi bernilai lebih AS$33 juta (RM137 juta).

    Pada masa sama, 13 suspek ditahan terbabit dalam kegiatan pemalsuan wang.

    "Ketika menjalankan siasatan terhadap tiga lokasi percetakan haram, termasuk satu di Romania, kami berjaya menemui pelbagai mesin dan lain-lain peralatan yang diperlukan untuk mengeluarkan wang kertas palsu.

    "Berikutan itu, wang kertas palsu bernilai lebih AS$33 juta dirampas, iaitu 939,775 keping wang tunai dalam pecahan 10, 20 dan 50 euro, selain 13 suspek yang berada di lokasi," kata pihak polis dalam satu kenyataan.

    Menurut polis, dua daripada suspek itu yang ditahan adalah anggota kumpulan Neapolitan yang dipercayai sudah lama terbabit dalam kegiatan pemalsuan wang.

    "Mereka dipercayai menyediakan kemudahan itu hasil kerjasama dengan rakyat Itali di Romania untuk menghasilkan wang kertas palsu," katanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Rampas Wang Kertas Palsu RM138 Juta "