• Rampas Senjata Api Pengawal Sebelum Larikan 7 Dulang Emas RM1.1 Juta

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Dua perompak bersenjatakan parang melarikan tujuh dulang emas bernilai RM1.1 juta di kedai emas di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, hari ini.

    Dalam kejadian 11 pagi itu, dua perompak yang memakai penutup muka masuk ke pasar raya sebelum merampas senjata api milik pengawal keselamatan premis itu.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, seorang suspek mengambil barang kemas di bahagian luar premis.

    Menurutnya, ketika kejadian terdapat empat pekerja termasuk seorang pengawal keselamatan.

    "Suspek dipercayai melarikan diri menggunakan kereta sebelum membuang senjata api yang dirampas daripada pengawal keselamatan berkenaan di longkang berdekatan.

    "Polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan," katanya.

    Mohd Zani berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi polis untuk membantu siasatan.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Rampas Senjata Api Pengawal Sebelum Larikan 7 Dulang Emas RM1.1 Juta "