• Ramai Anak Dayak Enggan Sertai Pendidikan Kemahiran - Riot

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Saya hampa kerana masih ramai anak Dayak yang enggan menyertai pendidikan kemahiran berbanding kaum lain, demikian kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

    "Bayangkan, Melayu menyumbang sebanyak 81peratuss yang berkecimpung atau mempelajari ilmu kemahiran, diikuti India 4.3 peratus, Cina 2.2 peratus tetapi kaum-kaum lain termasuk Bidayuh dalam kategori ini hanya 12.6 peratus sahaja," tambah beliau.

    Memetik laporan Utusan Borneo beliau memberitahu, untuk mencapai sasaran 35 peratus pekerja mahir menjelang 2020, jumlah 12.6 peratus ini tidak menggembirakan beliau.

    "Pembelajaran TVET berupaya membantu kaum Dayak dan kaum lain di negeri ini untuk menjadi lebih maju selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi," ujarnya.

    Riot turut memberitahu bahawa 82 peratus daripada lepasan siswa atau siswazah yang mempunyai kemahiran mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada enam bulan. - Sarawakiana
  • No Comment to " Ramai Anak Dayak Enggan Sertai Pendidikan Kemahiran - Riot "