• Rakyat Zimbabwe Jalani Kehidupan Seperti Biasa, Kata Kedutaan Malaysia

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Keadaan terkini di Zimbabwe kekal terkawal dan penduduknya terus menjalani kehidupan harian seperti biasa, demikian menurut Kedutaan Besar Malaysia di Zimbabwe.

    "Ketegangan dan kebimbangan sebelum ini telah reda dan penduduk Zimbabwe kini menanti-nantikan pelantikan ketua negara yang baharu," menurut kedutaan itu dalam e-melnya kepada Bernama mengenai perkembangan di negara itu berikutan peletakan jawatan Robert Mugabe sebagai presiden.

    "Warga Malaysia boleh berkunjung ke Zimbabwe dan dinasihatkan berhati-hati serta mengelak lokasi tumpuan ramai untuk beberapa hari lagi memandangkan rakyat Zimbabwe masih lagi meraikan secara terbuka perkembangan politik terkini berikutan pengunduran Presiden Robert Mugabe," kata kedutaan itu.

    Bilangan warga Malaysia yang diketahui serta berdaftar dengan kedutaan adalah seramai tiga orang.

    "Hanya seorang warga Malaysia berada di Harare pada masa ini dan berhubung dengan Kedutaan sementara dua orang lagi berada di luar Zimbabwe dan menghubungi Kedutaan dari masa ke semasa," katanya.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Zimbabwe Jalani Kehidupan Seperti Biasa, Kata Kedutaan Malaysia "