• Rakyat Sarawak Harus Bersedia Hadapi Dunia Digital

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+
    Untuk mencapai kelajuan internet semaksima mungkin, kerajaan Sarawak dan kerajaan pusat memperuntukkan sejumlah RM1.5 bilion untuk membina infrastruktur internet yang memberi manfaat kepada rakyat terutama dalam ekonomi digital.

    Dalam hal tersebut, fungsi utama pelaksanaan kerajaan adalah menstruktur ekonomi rakyat kepada peningkatan pendapatan dan menjadikan negeri ini sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

    Tidak dinafikan dunia digital pada era kini begitu penting memandangkan perhubungan tidak terbatas sehingga ke peringkat global. Dengan ini rakyat Sarawak harus bijak merebut peluang dan bersedia menghadapi dunia digital yang akan memberi faedah kepada ekonomi rakyat.

    Seperti yang dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzruddin Abdul Rahman, rakyat harus membudayakan ekonomi digital dalam kehidupan harian dan ia harus diakses sejak dari peringkat sekolah lagi.

    Pada masa sama tidak dinafikan terdapat cabaran-cabaran tertentu dan akan mengubah corak kehidupan rakyat terutama pemain industri tetapi ia bukan alasan untuk tidak menerap budaya ekonomi digital ke dalam kehidupan rakyat.

    Persaingan ekonomi memang akan berlaku tetapi rakyat yang benar-benar bersedia akan lebih memiliki daya saing untuk menambah pendapatan dan terus maju dalam ekonomi jika dunia digital di guna sebaik-baiknya.

    Perkara sebegini yang perlu rakyat laksanakan demi masa depan yang lebih cerah daripada asyik bermain politik yang melekakan sehingga ketinggalan dalam apa jua bentuk dasar yang memberi manfaat kepada rakyat sendiri. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Rakyat Sarawak Harus Bersedia Hadapi Dunia Digital "