• Rakyat Sarawak Digalak Usahakan Ladang Buaya - Jabatan Hutan Sarawak

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    Jabatan Hutan Sarawak (JHS) mahu lebih ramai rakyat Sarawak mengusahakan ladang buaya walapun jabatan tersebut meluluskan lesen memburu buaya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Pengarahnya, Sapuan Ahmad berkata, jabatan tersebut menggalakkan orang awam membuka ladang sebagai melengkapkan dua ladang sedia ada iaitu di Taman Buaya Miri di Kuala Baram dan Taman Buaya Jong di Kuching.

    Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendapatkan borang permohonan di JHS berhampiran.

    "Kedua-dua ladang buaya ini bukan hanya menternak buaya untuk daging dan kulit dijual di dalam dan luar negara malah ia satu usaha pemuliharaan reptilia itu selain tarikan pelancongan.

    "Sebagai contoh, Taman Buaya Miri dibuka secara rasmi pada 1998, dikatakan berjaya menarik lebih sejuta pelawat ke Miri," katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Rakyat Sarawak Digalak Usahakan Ladang Buaya - Jabatan Hutan Sarawak "