• Rakyat Luar Bandar Harus Rebut Peluang Dalam Pertanian

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+

    Untuk mencapai sebuah negeri yang berpendapatan tinggi pada tahun 2030, pelbagai bidang ekonomi perlu ditransformasi sejajar dengan perkembangan teknologi era kini terutama sekali dalam bidang pertanian.

    Dengan teknologi terkini, hasil pertanian dapat dipertingkatkan apabila kaedah penanaman moden mengambil alih cara tradisional. Ini akan membuahkan hasil yang berlipat kali ganda justeru memberi pendapatan tinggi kepada pengusaha.

    Kerajaan Sarawak memandang serius terhadap bidang pertanian dan berbagai kaedah diperkenalkan serta meningkat infrastruktur yang mampu mengangkat pertanian sebagai sumber ekonomi terpenting negeri.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kerajaan mewujudkan perkampungan agro yang mempunyai berbagai kemudahan moden supaya pertanian negeri ini akan berkembang seiring dengan kemajuan teknologi dunia.

    Pelaksanaan perkampungan agro yang berciri moden memberi peluang untuk rakyat serius berkecimpung dalam pertanian.

    Rakyat luar bandar harus rebut peluang tersebut memandang pertanian hari ini adalah satu perniagaan. Bukan sekadar kaedah penanaman diperkenal, malah teknologi digital turut di guna pakai agar pengusaha pertanian dapat memasar hasil melalui kemudahan internet yang berkelajuan tinggi.

    Inilah peluang terbaik rakyat luar bandar untuk meningkat hasil tanaman serta menjana pendapatan tinggi pada masa akan datang. - Sarawakiana
  • No Comment to " Rakyat Luar Bandar Harus Rebut Peluang Dalam Pertanian "