• 'Raj Pink' tak laku

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+


    GENEVA: Berlian terbesar berwarna merah jambu terang, 'Raj Pink', adalah antara beberapa barang kemas yang gagal menarik pembeli dalam acara lelongan Sotheby's.

    Permata berbentuk kusyen seberat 37.30 karat dan terletak di atas cincin itu dilabelkan sebagai bintang pada jualan setengah tahun Sotheby's di sini.

    Anggaran jualan awal berlian itu, yang ditemui di Afrika Selatan pada 2015, adalah AS$20 juta hingga AS$30 juta (RM83 juta hingga RM125 juta).

    Bidaan untuk Raj Pink dibuka pada harga AS$10.02 juta (RM41 juta) dan meningkat kepada RM59 juta sebelum terbiar tidak dibeli.

    "Ia tidak dijual," kata pengerusi unit barang kemas antarabangsa Sotheby's, David Bennett, kepada orang ramai yang memenuhi ruang jualan.

    Barangan utama lain juga kekal di tempat masing-masing, gagal memenuhi harga rahsia yang ditentukan penjual.

    Ia termasuk cincin berlian biru oleh Moussaieff, yang menyaksikan bidaan terakhir 12.4 juta franc Switzerland (RM52 juta) dan sepasang berlian kuning yang pernah dimiliki keluarga bangsawan Jerman, Von Donnersmarck, yang mencecah 7.8 juta franc (RM32 juta) tetapi gagal dijual. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " 'Raj Pink' tak laku "