• Puteri Kerajaan Arab Saudi Ini Dikatakan Turut Terlibat Dalam Kes Rasuah

    Published: Wednesday, 15 November 2017
    A- A+
    Kes rasuah yang disiasat oleh jawatankuasa anti-rasuah di Arab Saudi dilaporkan turut mengheret puteri Puteri Reem, iaitu anak perempuan jutawan Al-Waleed bin Talal. Al-Waleed juga telah ditahan berkaitan kes yang sama.

    Menurut sumber, Puteri Reem telah ditahan minggu lalu namun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

    Jika maklumat itu benar, maka Putri Reem akan menjadi wanita pertama dari di kalangan kerabat kerajaan yang ditangkap dalam kegiatan rasuah terbesar sepanjang sejarah Arab Saudi.

    Bapanya, Al-Waleed didakwa ditangkap atas dakwaan pencucian wang, rasuah dan penyalahgunaan wang dana umum.

    Putri Reem pernah menjadi viral selepas majlis pernikahannya dijalankan dalam suasana mewah di Hotel Four Seasons Riyadh.

    Sebanyak 11putera, empat menteri, dan puluhan bekas menteri ditangkap pihak berkuasa Arab Saudi atas dakwaan kes rasuah.

    Penangkapan dilakukan berkaitan dengan siasatan kes oleh suruhanjaya anti rasuah yang diketuai oleh Putra Mahkota Arab Saudi , Muhammad bin Salman.

    Peguam Agung Arab Saudi, Saud Al-Mojeb, memaklumkan sehingga kini pihaknya sudah menangkap 208 orang sejak akhir minggu lalu.

    Menurut hasil penyelidikan yang sudah dilakukan selama tiga tahun terakhir, Al-Mojeb mengatakan negara sudah kerugian hingga berbilion dolar akibat amalan rasuah.- SuaraTV

    Subjects:

  • No Comment to " Puteri Kerajaan Arab Saudi Ini Dikatakan Turut Terlibat Dalam Kes Rasuah "