• Putera Raja Terbunuh

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    RIYADH: Seorang putera Saudi dilaporkan terbunuh apabila helikopter yang dinaiki bersama beberapa pegawai terhempas berhampiran sempadan selatan Arab Saudi-Yaman yang dilanda perang.

    Rangkaian televisyen Al-Ekhbariya mengumumkan kematian Putera Mansour bin Moqren, timbalan gabenor wilayah Asir yang juga anak bekas putera mahkota.

    Setakat ini, tiada laporan mengenai punca kemalangan dan nasib pegawai lain dalam helikopter terbabit.

    Tragedi itu berlaku seiring tindakan Arab Saudi menggempur salah laku dalam kalangan golongan atasan menerusi penahanan putera raja, menteri dan seorang hartawan, jutawan, pada ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Putera Raja Terbunuh "