• Putera Charles & Isteri Tiba Di Sarawak Untuk Lawatan Rasmi

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Putera Charles, Prince of Wales dan isteri baginda Camilla, Duchess of Cornwall tiba untuk lawatan rasmi ke Sarawak pada petang ini.

    Pasangan Diraja yang diiringi Menteri Pengiring yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K Devamany terus dibawa melawat ke ‘Muzium Hidup’, Kampung Budaya Sarawak (SCV) di Santubong di sini.

    Mereka yang tiba di SCV tepat pukul 2.30 petang telah disambung dengan persembahan tarian tradisional pelbagai suku kaum di negeri ini.

    Baginda dan isteri kemudian diiringi oleh Menteri Pelancongan negeri, Datuk Abdul Karim Hamzah dan Pengurus Besar SCV, Jane Lian Labang melawat beberapa rumah etnik di sekitar perkampungan tersebut.

    Selepas SCV, pasangan itu meneruskan lawatan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh di sini. - UTUSAN ONLINE


  • No Comment to " Putera Charles & Isteri Tiba Di Sarawak Untuk Lawatan Rasmi "