• PSG Berminat Bawa Mourinho Ke Paris

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    LONDON: Jose Mourinho telah cuba didekati oleh Paris Saint-Germain bagi memujuk warga Portugal itu meninggalkan Manchester United.

    Wakil Mourinho telah bertemu dengan kelab gergasi Liga 1 itu selepas memberi bayangan bahawa dia berminat untuk membimbing kelab tersebut pada masa depan, bulan lalu.

    “Buat masa ini, terdapat sesuatu yang istimewa di Paris. Magis, kualiti, remaja, ia cukup hebat,” kata Mourinho.

    Komen yang dikeluarkan oleh Mourinho itu nyata tidak diterima baik di Manchester, lebih-lebih lagi kelab itu kini keciciran lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City yang diterajui oleh Pep Guardiola.

    Walaupun dia menyatakan minatnya itu secara terbuka, Mourinho memaklumkan kepada kelab Paris tersebut bahawa dia benar-benar komited terhadap tugasnya di United, menurut laporan akhbar Britain, The Sun. - AGENSI

    Subjects:

  • No Comment to " PSG Berminat Bawa Mourinho Ke Paris "