• Projek RTP Dilaksana Ikut Kehendak Rakyat

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    MATU: Program Transformasi Luar Bandar (RTP) merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk membangunkan sesuatu kawasan dengan lebih pantas dan cekap.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Juanda Jaya berkata dengan adanya RTP, setiap projek pembangunan yang dilaksanakan adalah mengikut kehendak rakyat dan bukannya menerusi janji yang dibuat sebelum ini.

    "Hari ini pembinaan sebuah dewan serbaguna Kampung Bawang yang bernilai RM500,000 siap dibina sepenuhnya.

    "Dewan tersebut merupakan permohonan daripada penduduk dan kerajaan meluluskannya segera," katanya.

    Jelasnya, sebagai wakil rakyat, kehendak rakyat perlu dilihat sebagai keperluan yang akan memberi manfaat.

    "Seperti dewan ini, ia akan memudahkan penduduk berkumpul untuk mengadakan aktiviti masyarakat.

    "Segala aktiviti berkaitan akan menjadikan dewan tersebut sebagai pusat," ujarnya.

    Tambahnya, walaupun kerajaan tidak pernah berjanji tetapi setiap projek infra rakyat berskala kecil tetap dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat keseluruhannya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Projek RTP Dilaksana Ikut Kehendak Rakyat "