• Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Beroperasi Tahun Depan

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    SADONG JAYA: Kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam baharu menerusi program Transformasi Perkhidmatan bas Henti-Henti (SBST) akan mula beroperasi di bandar raya Kuching tahun hadapan.

    "Satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan Konsortium BBK Sdn Bhd sebagai operator rangkaian akan diadakan Rabu ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.

    Memetik laporan Utusan Borneo, sebanyak 130 buah bas baharu yang dilengkapi dengan kemudahan sistem kad elektronik dengan pematuhan kad 'touch-n-go', WiFi, Sistem Kedudukan Global (GPS) dan pengesanan kamera litar tertutup (CCTV) untuk meningkatkan tahap keselamatan.

    "Bandar raya Kuching merupakan enam bandar pertama di seluruh negara yang dipilih untuk melaksanakan projek perintis SBST ini," tambah Nancy.

    Ujarnya, projek SBST di bandar raya Kuching akan meliputi kira-kira 560km bagi 15 laluan utama (Kuching ke Politeknik Matang, Kuching ke Damai, Kuching ke Bako dan Kuching ke Kota Samarahan) dan 12 laluan pengantara.

    Mengulas lanjut, Nancy memberitahu bahawa pelaksanaan inisiatif transformasi perkhidmatan bas ini berupaya meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam untuk menjadi lebih baik dan akan turut memberi impak kepada penduduk di kawasan sekitar. - Sarawakiana
  • No Comment to " Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti Beroperasi Tahun Depan "