• Presiden STAR Sahut Cabaran Debat Pandikar

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+
    Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo mengumumkan menyahut cabaran debat terbuka dengan Speakar Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhubung hak Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

    Lina yang juga merupakan aktivis berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaporkan akan mengumumkan perincian debat tersebut menerusi sidang media hari ini.

    “Kita akan mengadakan sidang media esok (Rabu) untuk mengumumkan penerimaan debat itu,” katanya dipetik Utusan Borneo.

    Beliau berkata butiran tentang pserta yang berminat menyertai debat itu akan diumum hari ini, yang dipercayai terdiri dari warga Sabah dan Sarawak.

    Mengulas lanjut Lina berkata, perkara penting tentang debat itu nanti bukanlah untuk mencari siapa menang siapa kalah, sebalik beliau mahu kebenaran berkaitan MA63 disebar kepada orang ramai terutama generasi muda.

    Beliau percaya kemenangan sebenar ialah apabila kebenaran yang terkandung dalam perjanjian itu didedah secara terbuka kepada umum.

    “Ia bukan tentang siapa menang atau kalah, ini tentang memaklumkan dan mendidik.

    “Tetapi saya tetap akan menang kerana kebenaran akan didedahkan,” katanya dipetik akbar tersebut.

    Keputusan Lina dipercayai sebagai menyahut cabaran debat terbuka yang dibuat Pandikar Amin pada Isnin.

    Terdahulu Berita Harian melaporkan, Pandikar Amin membuat cabaran itu pada majlis pelancaran buku ‘Berpisah Tiada’.

    “Saya sedia hadir pada bila-bila masa terutama bagi menjelaskan fakta berhubung Perjanjian Malaysia 1963 yang diputar belit setengah pihak,” katanya dipetik sebagai berkata. – Sarawakiana
  • No Comment to " Presiden STAR Sahut Cabaran Debat Pandikar "