• Presiden Jerman Gesa Parti Berkompromi Bentuk Kerajaan

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    BERLIN: Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier, menggesa parti politik di negara itu menimbang semula kedudukan mereka dan cuba berkompromi bagi membentuk kerajaan.

    Gesaan itu dibuat beberapa jam selepas rundingan membentuk kerajaan pakatan gagal, menyebabkan Jerman kini terjerumus ke kancah krisis politik.

    "Membentuk kerajaan sentiasa menjadi satu proses sukar dalam memberi dan menerima, namun mandat membentuk sebuah kerajaan, mandat tertinggi diberi pengundi kepada sebuah parti dalam demokrasi.

    "Mandat ini kekal," kata Steinmeier sambil menambah, ia adalah masanya semua parti perlu menilai sikap mereka.

    Beliau berkata, semua parti politik yang dipilih ke dalam Parlimen Jerman perlu akur terhadap kepentingan bersama iaitu untuk berkhidmat kepada negara.

    Steinmeier menjangka semua parti yang dipilih ke Parlimen sedia berunding bagi membolehkan sebuah kerajaan dibentuk selepas perbincangan menubuhkan sebuah parti pakatan pemerintah baharu gagal awal hari ini, waktu tempatan.

    "Saya menjangka kesediaan untuk berunding bagi memastikan sebuah kerajaan dipersetujui dibentuk tidak lama lagi," katanya. - Reuters/AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden Jerman Gesa Parti Berkompromi Bentuk Kerajaan "