• Presiden China Pelawa Presiden Baharu Zimbabwe Ke Beijing

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    HARARE – Presiden China, Xi Jinping mempelawa Presiden baharu Zimbabwe, Emmerson Mnangagwa melawat Beijing untuk mengadakan perbincangan bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala, lapor agensi berita Namibia (NAMPA).

    Presiden Mnangagwa mengangkat sumpah jawatan pada minggu lalu, menggantikan bekas Presiden, Robert Mugabe yang meletak jawatan.

    Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dengan Mnangagwa, utusan khas merangkap Timbalan Menteri Luar Beijing, Chen Xiaodong berkata, China berminat bekerjasama dengan kerajaan baharu Zimbabwe.

    Pertemuan itu, juga dihadiri Gabenor Bank Rizab Zimbabwe, Dr John Mangudya dan Pemangku Menteri Luar. Simbarashe Mumbengegwi.

    Beliau berkata, Presiden Xi Jinping menegaskan negaranya sedia bekerjasama dengan Presiden Mnangagwa bagi memajukan hubungan dua hala dan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk memberikan manfaat lebih besar untuk negara dan rakyat.

    Beliau berkata, Presiden Mnangagwa menerima jemputan tersebut.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Beijing meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Harare dan pada 2014 bersetuju membiayai 12 projek pelaburan berbilion dolar yang meliputi pelbagai sektor ekonomi di Zimbabwe. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Presiden China Pelawa Presiden Baharu Zimbabwe Ke Beijing "