• Pondok Runtuh Dalam Kejadian Tanah Susur Di Miri

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+



    MIRI: Sebuah pondok yang dijadikan tempat perjumpaan pemimpin masyarakat telah runtuh akibat tanah susur di Kampung Lereng Bukit di sini hari ini.

    Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut kira-kira jam 11.00 pagi tadi.

    Sepasukan anggota penyelamat dikejarkan ke lokasi, bagaimana pun kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa mahupun kecederaaan .

    “Pihak Bomba membuat pemantuan di sekitar kawasan dan menasihatkan pemilik pondok tersebut tidak selamat digunakan,” katanya. – Sarawakiana
  • No Comment to " Pondok Runtuh Dalam Kejadian Tanah Susur Di Miri "