• Polis Song Rampas Kayu Balak Tanpa Cop Pengesahan

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+

    SONG: Sebanyak 83 batang kayu balak pelbagai jenis dan saiz dirampas dalam satu serbuan di Sungai Batang Rajang, Nanga Beguang, Sibu di sini petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Song, Deputi Superintendan Azhar Abu Bakar berkata, operasi pukul 3.30 petang itu dijalankan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

    "Polis menemui dua longgokan kayu yang diikat menjadi rakit.

    "Kesemua kayu berkenaan tidak mempunyai sebarang cop pengesahan daripada Jabatan Hutan Sarawak," katanya.

    Kesemua nilai rampasan dianggarkan RM70,000. - K! ONLINE
  • No Comment to " Polis Song Rampas Kayu Balak Tanpa Cop Pengesahan "