• Polis Sarawak jamin keselamatan sepanjang WIEF

    Published: Friday, 17 November 2017
    A- A+


    KUCHING - Polis Sarawak memberi jaminan keselamatan dan kelancaran lalu lintas sepanjang Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-13 bermula 21 hingga 23 November ini.

    Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Amer Awal berkata, seramai 1,402 pegawai dan anggota dikerah untuk menjaga keselamatan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCKK) dan hotel-hotel penginapan delegasi di sini.


    "Kita juga ada menerima bantuan dari Bukit Aman melibatkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

    "Polis akan menggunakan semua aset dan tenaga sumber manusia yang ada dalam memastikan kelancaran persidangan WIEF nanti," katanya ketika sidang akhbar Persiapan Keselamatan WIEF di BCCK di sini hari ini.

    Turut hadir, Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Datuk Zamani Hamdan Sirat, Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak, Datuk Khaw Kok Chin, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu serta Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai. - K! ONLINE
  • No Comment to " Polis Sarawak jamin keselamatan sepanjang WIEF "