• Polis buru suspek dera ibu angkat sehingga maut

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+
    KLANG - Polis sedang mengesan seorang lelaki kerana disyaki telah mendera ibu angkatnya sehingga mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pagi tadi.

    Mangsa yang berumur 70 tahun itu meninggal dunia kira-kira pukul 9.40 pagi tadi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan sejak seminggu yang lalu.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu yang juga isteri kepada suspek, mangsa yang tinggal bersama mereka mula didera sejak Mei lalu.

    "Menurut pengadu lagi, keadaan ibu angkatnya itu semakin tenat kerana sering dipukul oleh suspek. Dia kemudianya telah meminta bantuan pihak ambulans untuk menghantar mangsa ke HTAR bagi mendapatkan rawatan pada Sabtu lalu (28 Oktober).

    "Bagaimanapun mangsa yang tidak sedarkan diri sejak beberapa hari lalu disahkan meninggal dunia pada pagi tadi selepas hampir seminggu mendapatkan rawatan di hospital berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Polis buru suspek dera ibu angkat sehingga maut "