• Polis bapa ayam

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    KLANG: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan selepas dipercayai menjadi 'bapa ayam' dalam sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

    Sumber berkata, anggota berusia 26 tahun itu dan bertugas di cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis (IPD) Serdang, ditahan ketika cuba menyembunyikan diri di kondominium di Setia Alam.

    Katanya, ketika serbuan itu, polis turut menemui pakaian seragam anggota selain peralatan menghisap syabu.

    "Ketika serbuan itu juga, polis turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang turut menjadi pelacur dan dia mengaku sebagai teman wanita anggota polis itu.

    "Difahamkan juga, sindiket ini mengiklankan semua pelacur sebagai gadis Malaysia bagi menarik minat pelanggan," katanya kepada BH.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan yang mengesahkan kes itu, berkata dalam operasi yang diadakan semalam, empat wanita warga Indonesia dan tiga lelaki rakyat tempatan ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket pelacuran menggunakan aplikasi WhatsApp di daerah ini.

    Subjects:

  • No Comment to " Polis bapa ayam "