• Pohon Segera Program Bantuan Perumahan

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+
    Foto : Utusan Borneo
    Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menggesa keluarga miskin tegar Sarawak memohon Program Bantuan Perumahan (PBR) selewat-lewatnya sebelum 30 November.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Fatimah berkata, permohonan untuk tahun ini adalah untuk program pada tahun hadapan bagi mereka yang telah berdaftar dengan e-Kasih.

    "Bagi mereka yang masih sedar tentang program itu, tetapi berdaftar dengan e-Kasih, sila datang ke Pejabat Residen untuk pendaftaran.

    "Ramai orang dari golongan berpendapatan rendah di negeri ini telah mendapat manfaat daripada program tersebut," katanya

    Menurut Fatimah dana yang digunakan adalah di bawah peruntukkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah sama ada untuk membina sebuah rumah baru atau membaiki rumah yang sedia ada. - Sarawakiana
  • No Comment to " Pohon Segera Program Bantuan Perumahan "