• PM Ucap Tahniah Kepada Semua Calon UPSR 2017

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada semua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mengambil keputusan hari ini.

    “Untuk semua anak-anak yang ambil keputusan #UPSR hari ini, tahniah!

    “Tak kira apa keputusan anda, jangan lupa ucap terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak membantu,” katanya dalam catatan di laman Twitter dan Facebook.

    Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin semasa membentangkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) buat pertama kalinya hari ini berkata seramai 8,958 calon UPSR atau 2.1 peratus daripada keseluruhan 443,794 calon mendapat semua A, meningkat berbanding 4,896 calon pada 2016.

    Katanya pencapaian murid tahun enam pada 2017 secara keseluruhannya baik tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " PM Ucap Tahniah Kepada Semua Calon UPSR 2017 "