• PM Lubnan Letak Jawatan Kerana Nyawa Terancam

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+


    BEIRUT - LUBNAN. Perdana Menteri Lubnan, Saad Al-Hariri mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini selepas mengakui bimbang akan menerima nasib sama seperti bapanya, Rafik al-Hariri yang telah dibunuh oleh pembunuh upahan.

    Menerusi sebuah siaran televisyen nasional, Saad berkata, keputusan tersebut dibuat setelah beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

    "Kita hidup dalam iklim yang sama dengan apa yang berlaku kepada ayah saya (perdana menteri sebelumnya). Saya dapat rasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuh saya," katanya seperti yang dipetik menerusi Reuters.

    Saad menjadi Perdana Menteri Lebanon akhir tahun lalu setelah sebuah kesepakatan politik yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.

    Rancangan Televisyen Al Jadeed yang berpangkalan di Beirut melaporkan, kenyataan pengunduran diri Saad dibuat dan disiarkan dari ibu kota Saudi, Riyadh.

    Sementara itu, Presiden Lebanon Michel Aoun mengatakan telah menerima berita berkaitan penguduran Saad dari luar Lebanon.

    Aoun kini menunggu Saad pulang daripada Arab Saudi untuk menyatakan pengundurannya secara rasmi. - Sinar Harian 

    Subjects:

  • No Comment to " PM Lubnan Letak Jawatan Kerana Nyawa Terancam "