• PM Hadir Taklimat Perkembangan Banjir Pulau Pinang

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah di sini hari ini untuk mendengar taklimat perkembangan banjir di Pulau Pinang.

    Perdana menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang tiba pada 10.40 pagi, diberi taklimat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Farizan Darus.

    Najib turut diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah jangka pendek mengatasi masalah itu oleh Pengarah Jabatan Parit dan Saliran negeri, Sabri Abdul Muluk.

    Perdana menteri dijadual bergerak ke Kampung Tanjung Putus, di Permatang Pauh dan Masjid Nyior Sebatang, di Tasek Gelugor untuk melawat mangsa banjir di situ. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " PM Hadir Taklimat Perkembangan Banjir Pulau Pinang "