• Pihak Berkuasa India Penjarakan Keldai Kerana Makan Tumbuhan Mahal

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    NEW DELHI : Pihak berkuasa Uttar Pradesh, yang terletak di utara India, telah memenjarakan sekumpulan lapan keldai selama empat hari selepas didapati memakan tumbuhan "mahal" di luar kompleks penjara utama negeri itu di daerah Jalaun, lebih 200 kilometer dari Lucknow, lapor agensi berita China Xinhua.

    "Pelbagai jenis anak pokok ditanam sebagai hiasan bagi mengindahkan premis penjara. Tumbuhan itu telah dimusnahkan oleh kumpulan keldai tersebut. Oleh itu saya telah menangkap kesemua haiwan tersebut," kata ketua penjara, Sita Ram Sharma, kepada media.

    Keldai terbabit telah dibebaskan pada Isnin selepas seorang ahli politik dari parti pemerintah Bharatiya Janata (BJP) campur tangan berikutan rayuan oleh pemilik haiwan itu.

    "Selama dua hari saya tidak dapat mencari kuda dan keldai saya. Apabila saya tahu mereka berada dalam penjara, saya telah meminta bantuan pemimpin BJP tempatan untuk membebaskan mereka," kata Kamlesh S.

    -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pihak Berkuasa India Penjarakan Keldai Kerana Makan Tumbuhan Mahal "