• PH Sarawak Masih Ketinggalan

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+
    Persidangan Dewan Undangan Sarawak kali ini menyaksikan pelbagai isu yang menjadi perdebatan hangat diantara wakil rakyat kerajaan dan pihak pembangkang.

    Secara keseluruhan setiap usul yang dibentang pasti tidak akan mendapat sokongan pihak pembangkang terutama DAP yang diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen.

    Bukan setakat di DUN wakil rakyat mempertikai tindakan kerajaan, malah ia di bangkit melalui laman sosial Facebook wakil rakyat DAP seperti ADUN Pending Violet Yong yang mendakwa kerajaan BN Sarawak tidak serius membincang MA63 bersama UMNO.

    Tidakkah kenyataan violet bercanggah dalam erti kata sebenar kerana isu MA63 kerajaan BN Sarawak bukan berbincang dengan UMNO kerana sebenarnya Sarawak berbincang bersama kerajaan pusat. Bagaimana Violet boleh menyatakan ia adalah UMNO ?

    Dalam isu tersebut, hakikatnya DAP ataupun Pakatan Harapan (PH) ketinggalan kerana sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuka pintu perbincangan, sudah banyak perkembangan berkenaan penurunan kuasa sudah kembali kepada Sarawak.

    Berkaitan isu royalti yang dibangkit oleh Violet, ternyata PH tidak menyedari yang perbincangan mengenai royalti masih diteruskan dan kerajaan telah menyatakan isu tersebut akan dibincang berterusan pada mada yang sesuau memandangkan harga minyak tidak menentu pada masa ini.

    Namun hasil perbincangan tersebut, kerajaan pusat tidak menghalang Sarawak mewujudkan syarikat minyak sendiri. Petrolieum Sarawak diwujudkan bagi memberi ruang kepada negeri ini mengurus sumber minyak dan gas sendiri.

    Hakikatnya Sarawak sudah melangkah kehadapan dan kerjasama yang baik antara pusat dan negeri dapat merealisasikan apa yang Sarawak kehendaki. – Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " PH Sarawak Masih Ketinggalan "