• Pesakit Jantung Dinasihati Berhati-Hati Lakukan Senaman

    Published: Monday, 20 November 2017
    A- A+

    LANGKAWI – Seorang pensyarah dari India mengingatkan pesakit jantung agar mendapatkan nasihat doktor sebelum melakukan senaman berintensiti tinggi.

    Dr Madhavi Konetigari daripada Institut Sri Venkateswara Universiti Sains Perubatan Tirupati, berkata pesakit jantung yang berbuat demikian tanpa nasihat pakar perubatan boleh mengundang maut.

    Bersenam pada kadar bersesuaian amat penting untuk mengelakkan pesakit ‘bersenam berlebihan’, katanya pada Persidangan Dunia mengenai Perubatan Senaman, di sini.

    Beliau juga menasihati mereka yang sifar pengetahuan tentang senaman agar bermula perlahan-lahan.

    “Anda boleh lakukan senaman aerobik ringan seperti berjalan atau berbasikal.

    “Ketahui kemampuan, had, minat serta paras tenaga anda. Jangan memaksa diri kerana perbuatan itu boleh membawa kesan buruk,” katanya.

    Persidangan yang julung kali diadakan itu menghimpunkan saintis senaman, doktor dan ahli terapi serta jurulatih bagi membincangkan tentang perubatan senaman yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Pesakit Jantung Dinasihati Berhati-Hati Lakukan Senaman "