• Peruntukan Cecah RM1.5 Bilion Tambahbaik Kemudahan Internet Di Sarawak

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+



    KUCHING: Peruntukan mencecah RM1.5 bilion akan digunakan untuk menambahbaik kemudahan internet.

    Sebanyak RM500 juta daripada peruntukan tersebut dikeluarkan kerajaan persekutuan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 manakala kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan RM1 bilion.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan tersebut dikhaskan untuk menambahbaik dan meningkatkan kelajuan internet di Sarawak ke arah mentransformasi negeri ini kepada era digital.

    Malah menurutnya, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung 8 hingga 17 November ini, penubuhan Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak atau Sarawak Multimedia Authority (SMA) akan diusulkan.

    Tambahnya, jika diluluskan ia akan terbahagi kepada tiga zon iaitu utara, selatan dan tengah bagi memudahkan peningkatan kelajuan internet.

    "Dengan peruntukan tersebut, ia dijangka boleh dibangunkan dalam masa dua atau tiga tahun. Oleh itu setiap kawasan khususnya sekolah di luar bandar boleh menikmati kemudahan internet." katanya.-Sarawakiana
  • No Comment to " Peruntukan Cecah RM1.5 Bilion Tambahbaik Kemudahan Internet Di Sarawak "