• Perogol Merayu Sebab Baru Bertunang

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Pembantu operator hospital dipenjara 24 tahun dan dikenakan 15 sebatan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, selepas didapati bersalah merogol anak saudaranya, tahun lalu.

    Hakim Nazri Ismail menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 32 tahun selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Nazri memerintahkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 18 Disember 2016.

    Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun enam bulan di sebuah rumah di Taman Sri Permai, Jalan Bukit Marak di sini, jam 7.45 petang, Jun 2016.

    Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan

    Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan dengan mengambil kira kesalahan pertama selain baru bertunang.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya Noorazlinawati Mohd Arshad, memohon hukuman berat dengan mengambil kira ia kesalahan serius.

    “Tertuduh sebagai bapa saudara perlu melindungi maruah mangsa dan bukannya mencemarkan maruahnya,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Perogol Merayu Sebab Baru Bertunang "