• Perketat Jual Haiwan Dalam Talian

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    SUBANG JAYA: Penguatkuasaan undang-undang terhadap aktiviti jualan dalam talian membabitkan spesies haiwan yang dilindungi di negara ini perlu diperketatkan lagi bagi memastikan populasi binatang liar itu tidak terancam.

    Presiden Persatuan Perlindungan Ungka Malaysia (GPSM), Mariani Ramli berkata, selain aspek penguatkuasaan, pihak berkuasa juga perlu meningkatkan lagi pemantauan di laman sosial ekoran peningkatan trend membela haiwan liar seperti ungka dalam kalangan masyarakat sejak, akhir-akhir ini.

    Katanya, kira-kira 40 kes dilaporkan sepanjang tahun ini membabitkan aktiviti jualan haiwan liar dilindungi seperti ungka, siamang di laman Facebook, Instagram dan sebagainya.

    “Ia lebih ketara apabila terdapat beberapa selebriti terkenal tempatan yang turut membeli haiwan dilindungi itu untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan serta memuat turun gambar di laman sosial,” katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Perketat Jual Haiwan Dalam Talian "