• Perbincangan Pendekatan Terbaik Tangani Isu NCR, Bukan Protes

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+
    Tanah Adat Bumiputera (NCR) merupakan isu yang sekian lama menghantui masyarakat Dayak dan belum menemui jalan penyelesaian terbaik yang boleh diterima semua kaum.

    Kerajaan Sarawak mengambil berat isu berkenaan dan melihat dari pelbagai sudut bagaimana menyelesaikan isu tersebut tanpa perlu tergesa-gesa.

    Oleh yang demikian kerajaan menubuhkan satu pasukan petugas khas NCR yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi membincangkan isu NCR secara menyeluruh.

    Pintu perbincangan telah dibuka oleh kerajaan dan ia seharus menjadi medium untuk mencari mekanisma sesuai bagi penyelesaian NCR terutama untuk Dayak.

    Malah Uggah sering bersuara mengajak kaum dayak yang terdiri daripada pelbagai lapisan tampil berbicang bersama-sama. Namun terdapat pihak tertentu yang lebih gemar memilih untuk melakukan protes seperti melakukan perhimpunan di Mahkamah Persekutuan Putra Jaya pada 7 November nanti.

    Persoalannya, adakah dengan melakukan protes jalanan akan menyelesaikan masalah NCR ?

    Dalam pasukan khas NCR terdiri daripada pemimpin kaum Dayak sendiri dan logiknya ia lebih memudah kaum Dayak berinteraksi serta mencapai kata sepakat. Tetapi masih terdapat pihak tertentu seakan tidak mempercayai pasukan tersebut dan gemar mengguna platform jalanan sedangkan perbincangan adalah jalan terbaik dan bukan protes jalanan. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Perbincangan Pendekatan Terbaik Tangani Isu NCR, Bukan Protes "