• Perancis Umum Tamat Darurat

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+


    PARIS – Dua tahun selepas militan membunuh 130 orang dalam serangan terancang di seluruh Paris, kerajaan secara rasminya menamatkan keadaan darurat dan menggantikannya dengan undang-undang keselamatan baru yang dianggap pengkritik akan menjejaskan kebebasan awam.

    Undang-undang antikeganasan baru itu yang berkuat kuasa semalam memberi kuasa kepada polis untuk memeriksa kediaman, mencuri dengar perbualan dan menutup masjid serta lokasi lain yang disyaki menyebarkan kebencian.

    “Ada yang mungkin bimbang kita semakin kurang berhati-hati kerana sudah tiada darurat, tetapi sebaliknya berlaku.

    “Tahap ancaman tinggi di mana-mana di dunia,” kata Perdana Menteri Perancis, Edouard Philipp, merujuk kepada serangan di New York pada lewat Selasa yang membunuh lapan orang.

    Undang-undang baru itu akan mengubah beberapa langkah yang terkandung dalam peraturan darurat menjadi undang-undang dengan sedikit pengubahsuaian.

    Kumpulan dan aktivis hak asasi manusia bimbang undang-undang itu disalah guna oleh polis, manakala pemantau hak asasi manusia bimbang ia melanggar hak umat Islam. – Reuters/myMetro Online

    Subjects:

  • No Comment to " Perancis Umum Tamat Darurat "