• Penyampai Berita Pegang Kepala Semasa Baca Berita

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+


    MENAKUTKAN dan mengerikan….seorang penyampai berita mengejutkan ramai apabila dia membaca laporan cuaca sambil memegang kepalanya.

    Pembaca berita Met Office itu, Alex Deakin selamba berada di depan kamera tanpa kepala, dalam rancangan yang disiarkan secara langsung.

    Rupa-rupanya ia untuk rancangan khas Halloween di stesen TV di utara Scotland itu.

    Warna peta di belakangnya juga telah bertukar dengan hujan ditukar menjadi warna merah manakala awan gelap diwarnakan ungu.

    Ia bagi meraikan perayaan Halloween.

    “Jika anda mahu keluar untuk Halloween, maka cuaca seluruh England dan Wales adalah cerah, begitu juga di utara Ireland.

    “Kemungkinan juga seluruh utara England akan disirami hujan,” katanya. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Penyampai Berita Pegang Kepala Semasa Baca Berita "