• Penuntut Mengamuk Rakan Bunuh Diri

    Published: Thursday, 23 November 2017
    A- A+

    CHENNAI: Sekumpulan penuntut di sebuah universiti di sini bertindak ganas dengan membakar perabot dalam kampus sebagai tunjuk perasaan atas kematian rakan mereka yang membunuh diri.

    BBC melaporkan, penuntut-penuntut Universiti Sathyabhama melakukan perbuatan itu lewat malam tadi susulan rakan mereka membunuh diri akibat tertekan selepas ditangkap menipu dalam peperiksaan.

    Para penuntut mendakwa universiti berkenaan memalukan rakannya sehingga dia bertindak membunuh diri.

    - Agensi/Utusan

    Subjects:

  • No Comment to " Penuntut Mengamuk Rakan Bunuh Diri "