• Penjara 13 Lelaki Homoseksual

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+


    KAHERAH: Mahkamah Mesir semalam mensabitkan 13 lelaki homoseksual dengan hukuman penjara tiga tahun kerana menjalinkan hubungan seks 'luar tabii'.

    Peguam bela, Ishaq Wadie berkata, lelaki itu dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak 5,000 paun Mesir (RM1,160) setiap seorang sehingga perbicaraan rayuan kelak.

    Peguam berkata, perbicaraan terhadap tiga suspek lain ditangguhkan atas sebab-sebab prosedur.

    Sejak kebelakangan ini, pihak berkuasa melaksanakan tindakan keras terhadap orang ramai yang mengamalkan hubungan seks luar tabii.

    Langkah itu dibuat susulan satu konsert luar di Kaherah pada 22 September lalu oleh sebuah kumpulan penyanyi Lubnan, Mashrou' Leila apabila bendera yang mewakili komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dikibarkan dalam konsert itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Penjara 13 Lelaki Homoseksual "