• Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    Ini namanya kes naya…seorang pengantin lelaki nyaris maut pada hari perkahwinannya selepas rakan-rakannya melakukan gurauan ‘kasar’ dengan menyemburkan gas pemadam api ke mukanya.

    Kejadian mengejutkan itu berlaku di Zhangzhou, China. Tradisi gurauan kasar seumpama itu sering berlaku di China melibatkan pengantin baru.

    Dalam kejadian berkenaan, lelaki itu telah diikat dipokok dan kemudian kira-kira empat tong gas pemadam api disemburkan ke mukanya.

    Pengantin tersebut sukar memalingkan muka. Keluarganya pula sukar untuk menyekat kawan-kawan lelaki berkenaan daripada meneruskan gurauan kasar terbabit, yang sebelum itu dipersetujui oleh pengantin lelaki sendiri.

    Tidak lama kemudian pengantin lelaki itu tidak sedarkan diri menyebabkan ibunya menangis dan cuba membangunkannya. Paramedik dipanggil dan nasib baik dia terselamat.

    Video aksi tersebut telah dirakamkan dan ditonton lebih tujuh juta orang. – Mynewshub.cc

    Subjects:

  • No Comment to " Pengantin Nyaris Maut, Disembur Gas Pemadam Api "