• Pengambilan 6,000 anggota baharu PDRM tahun depan

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+



    IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merekrut seramai 6,000 orang anggota baharu melibatkan beberapa jawatan dalam usaha untuk memantapkan persediaan pasukan unit beruniform tersebut pada tahun depan.

    Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk T. Narenasagaran berkata, pengambilan anggota itu dilakukan untuk mengisi pelbagai jawatan dan kekosongan oleh pegawai serta anggota yang telah bersara atau berhenti.

    Jelasnya, pengambilan anggota baharu itu akan dilaksanakan pada bulan Januari ini.

    "Pengambilan pegawai dan anggota ini melibatkan beberapa jawatan seperti inspektor, anggota berpangkat rendah, konstabel sokongan dan konstabel orang asli.

    "Ia merupakan langkah terbaik untuk kerajaan bagi memantapkan kebolehan PDRM bagi memberi khidmat kepada masyarakat," katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pasukan Gerakan Am (PGA) Siri 1/2017 di Briged Utara PGA Ulu Kinta di sini hari ini. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Pengambilan 6,000 anggota baharu PDRM tahun depan "